60 Perwakilan Gerakan Mohon EGM Singkir Dr Teng - Semasa | mStar

60 Perwakilan Gerakan Mohon EGM Singkir Dr Teng

GEORGE TOWN: Sekumpulan ahli Gerakan Pulau Pinang ingin menyingkir Datuk Dr Teng Hock Nan sebagai Pengerusi Gerakan negeri dengan memohon secara rasmi agar satu mesyuarat agung luar biasa (EGM) diadakan segera bagi membicarakan hal itu.

Kumpulan ini yang menamakan diri mereka ‘Suara Akar Umbi’ telah mengemukakan permohonan secara rasmi kepada ibu pejabat parti agar satu EGM diadakan segera. Surat permohonan itu ditandatangani oleh 60 perwakilan negeri.

Mereka cuma menyatakan satu agenda sahaja dalam EGM itu iaitu untuk menyingkirkan Teng.

Berdasarkan perlembagaan parti, notis untuk memanggil EGM perlu dihantar kepada para perwakilan 21 hari sebelum persidangan luar biasa itu bermula. Oleh yang demikian, jika permohonan untuk mengadakan EGM diluluskan, paling awal ia akan diadakan pada 8 Oktober.

Dr Teng sebelum ini pernah dipetik sebagai berkata yang beliau bersedia untuk berhadapan dengan EGM pada 10 Oktober sekiranya kumpulan yang menentang itu mampu mengumpulkan 50 tanda tangan perwakilan yang terpilih ke perhimpunan agung.

Adalah difahamkan, kebanyakan bahagian yang menyokong kumpulan penentang ini adalah dari Seberang Perai.

Dr Teng, 65, yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri selama empat penggal dan berkhidmat sebagai Exco Kanan Kerajaan Negeri tewas kerusi Pulau Tikus pada pilihan raya umum 2008.

Pada pemilihan Gerakan negeri pada September 2008, Dr Teng menewaskan bekas Setiausaha Agung Datuk Seri Chia Kwang Chye hanya dengan kelebihan 10 undi untuk jawatan yang disandang sekarang.

Suatu ketika dahulu, Dr Teng dilihat sebagai penganti Tan Sri Dr Koh Tsu Koon sebagai ketua menteri selepas Tsu Koon memutuskan untuk bertanding kerusi Parlimen Batu Kawan pada pilihan raya umum lalu.

Malangnya, parti yang telah memegang jawatan ketua menteri itu selama 39 tahun tewas di kesemua 13 kerusi Dewan Undangan Negeri dan empat kerusi Parlimen

Artikel Sebelum

Yayasan Terengganu Taja Pelajar Ke Jepun

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan

Messi gantung but 2021?