suria

Konstabel Polis Maut Dalam Kemalangan Di Pahang

KUANTAN: Seorang anggota polis terbunuh apabila motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 95 Jalan Lipis-Gua Musang dekat Merapoh pada Khamis.

Dalam kejadian 6.30 petang itu, Konstabel Khairul Azman Ismail, 23, berasal dari Changlun, Kedah, dan bertugas di Balai Polis Merapoh, meninggal dunia di tempat kejadian, kata Ketua Turus Trafik Pahang DSP Mohd Najid Jusoh.

Beliau berkata pemandu dan penumpang kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Dalam kes lain, seorang remaja lelaki maut apabila motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah trak pikap di Jalan Jerantut-Kuala Tahan, dekat Jerantut Khamis petang.

Mohd Nor Alif Salihan, 15, yang dalam perjalanan dari Kuala Tahan ke Jerantut meninggal dunia di Klinik Kuala Tahan. - BERNAMA

Artikel Lain