suria

61 Anak Istimewa Terima Sumbangan Dari PDRM

KUALA LUMPUR: Seramai 61 remaja dan kanak-kanak istimewa yang merupakan anak kepada warga polis Kuala Lumpur menerima sumbangan hari raya berbentuk wang tunai dari Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata 17 daripada mereka yang sudah bersekolah menerima sumbangan RM250 manakala 44 lagi yang belum bersekolah menerima RM200 seorang, sumbangan dari Tabung Kebajikan PDRM.

"Seramai 38 daripada mereka merupakan perempuan, dan semua mereka yang berusia 18 tahun ke bawah adalah anak kepada 59 keluarga polis yang berkhidmat di kontinjen Kuala Lumpur.

"Diharapkan dengan sumbangan ini, sedikit sebanyak ia dapat menceriakan sambutan Hari Raya Aidifitri yang akan disambut anak-anak istimewa ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada anak-anak istimewa itu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, Khamis. - BERNAMA

Artikel Lain