suria

PM Singapura Tiba Untuk Lawatan Sehari

SEPANG: Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong tiba di Lapangan Terbang Antarabanga KL di sini pada Selasa untuk lawatan sehari ke Malaysia.

Berada di lapangan terbang untuk menyambut kedatangan beliau ialah Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Timbalan Menteri Luar A. Kohilan Pillay.

Lee dan Datuk Seri Najib Tun Razak akan mempengerusikan bersama mesyuarat delegasi di Putrajaya.

Malam ini, Najib akan meraikan Lee dan rombongan pada jamuan makan di Restoran Makanan Laut Putrajaya, Taman Botani, Putrajaya. - BERNAMA

Artikel Lain