suria

Buruh Binaan Maut Terjatuh Dari Tingkat 28 Tapak Hotel

KUALA LUMPUR: Seorang buruh binaan warga Indonesia maut setelah terjatuh dari tingkat 28 di tapak pembinaan sebuah hotel di belakang Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) di sini pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi, mangsa yang dikenali sebagai Sugeng, 29, dipercayai tidak memakai sebarang tali keselamatan dan terhumban ke bawah setelah perancah yang dinaikinya terjatuh.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner (ACP) Zulkarnain Abdul Rahman berkata mangsa yang cedera parah di kepala, mati di tempat kejadian.

"Mangsa dipercayai terjatuh ketika melakukan kerja-kerja di bangunan yang belum siap itu. Bagaimanapun kita akan lihat laporan bedah siasat sekiranya wujud unsur lain," katanya ketika dihubungi Bernama.

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Artikel Lain