suria

Sungai Dan Empangan Kering Ekoran El Nino Dijangka Berlarutan Hingga Mei

PETALING JAYA: Empangan, sungai dan tali air menjadi kering di Johor dan negeri utara di Semenanjung Malaysia serta Sabah kerana fenomena El Nino yang kurang membawa hujan.

Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, situasi itu dijangka berlarutan hingga bulan depan di Semenanjung manakala Sabah pula mengalami cuaca panas hingga Mei.

Antara perkembangan yang membimbangkan:

- Hujan dijangka tidak turun di Perlis, Penang, Kelantan, Terengganu dan Sabah minggu depan.

- Kudat, Sandakan dan bahagian Tawau di Sabah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga untuk menghadapi kemarau; pencatuan air dijangka bermula bila-bila masa.

- Sistem Penarafan Kebakaran milik jabatan berkenaan menunjukkan kebarangkalian berlaku kebakaran yang amat tinggi di Sabah serta bahagian utara Semenanjung.

Artikel Lain