KDN Sedia Pertimbang Masa Tambahan Majikan Daftar Pekerja Asing - Semasa | mStar

KDN Sedia Pertimbang Masa Tambahan Majikan Daftar Pekerja Asing

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri bersedia mempertimbangkan permintaan pihak industri untuk memberikan masa tambahan untuk mereka mendaftarkan pekerja asing sebelum kerajaan melancarkan operasi besar-besaran menahan pekerja asing tanpa izin.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau bersedia berbuat demikian dengan syarat pihak industri benar-benar ikhlas dan jujur dengan permintaan mereka itu.

Malah katanya, beliau telah mengadakan perjumpaan dengan segelintir pihak berkenaan.

"Jika anda (pihak industri) mahu masa tambahan, bertindak segera dengan tampil dan bantu kami menangani masalah ini atau jika tidak bom jangka hanya menunggu masa untuk meletup.

"Hanya jika mereka bersikap jujur dengan saya, bersedia untuk berterus terang dan mengesahkan jumlahnya kepada pihak kementerian," katanya kepada pemberita ketika ditanya sama ada kementerian akan mempertimbangkan permintaan itu, di sini hari ini.

Jabatan Imigresen sebelum ini dilaporkan akan mengadakan operasi besar-besaran bagi membanteras pekerja asing tanpa izin pada 15 Februari nanti, namun beberapa pihak meminta ia ditangguhkan memandangkan masa yang singkat diberikan kepada pihak industri untuk mendaftarkan pekerja-pekerja asing mereka.

Hishammuddin berkata, tindakan itu bukan bertujuan untuk menghukum, tetapi adalah sesuatu yang perlu dilakukan dan mendapatkan sokongan pihak industri.

Beliau sebelum itu menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara kementerian dengan Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia mengenai pengambilan ahli-ahli Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sebagai pengawal keselamatan.

Beliau berkata, usaha itu dapat mengurangkan penggantungan terhadap pekerja asing, serta menggerakkan usaha ke arah penglibatan orang ramai untuk turut sama dalam mengurangkan kadar jenayah.

Ditanya sama ada kementerian akan mewajibkan syarikat keselamatan untuk menggaji anggota Rela dan JPAM sebagai pengawal keselamatan, Hishammuddin berkata ia bergantung kepada hasil kerjasama tersebut.

Ditanya sama ada kerajaan akan mengambil langkah mengehadkan jumlah pekerja asing bagi sesebuah syarikat untuk mengurangkan kemasukan pekerja asing ke negara ini, beliau berkata tiada cadangan sebegitu setakat ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain