200,000 Vaksin H1N1 Diagih Bulan Depan - Semasa | mStar

200,000 Vaksin H1N1 Diagih Bulan Depan

KUALA LUMPUR: Sebanyak 200,000 dos vaksin influenza A (H1N1) akan diagihkan kepada kumpulan berisiko tinggi, antaranya wanita mengandung, kanak-kanak, warga emas dan yang berpenyakit kronik, mulai bulan depan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, mereka boleh mendapatkan suntikan itu secara percuma daripada klinik-klinik dan hospital-hospital kerajaan.

Bercakap kepada pemberita selepas melawat Hospital Tung Shin di sini hari ini, Liow berkata, kerajaan akan memperoleh baki 300,000 daripada 400,000 dos vaksin H1N1 yang telah ditempah dari Britain pada akhir bulan ini.

"Pemberian vaksin diteruskan. Kita akan membuat (100,000) pemvaksinan kepada pekerja barisan hadapan (terlebih dahulu). Kemudian, bagi kumpulan berisiko tinggi kita akan beri vaksin kepada mereka misalnya yang obesiti, wanita mengandung, yang ada tekanan darah tinggi dan sebagainya," katanya.

Liow berkata, keutamaan pemberian vaksin untuk mencegah dan merawat H1N1 itu adalah khusus kepada petugas barisan hadapan dan kumpulan berisiko tinggi, sebelum ia diagihkan kepada kumpulan lain.

Mengenai situasi H1N1 di negara ini, Liow berkata, ia berada dalam keadaan terkawal dan kementerian itu sentiasa mematuhi arahan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) supaya membuat pemantauan rapi terhadap semua kes selesema.

"Kita risau H1N1 dalam negara ini bertukar jadi mutasi lain. Oleh itu kita mengikut arahan WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia). Daripada pemantauan kita menunjukkan tiada mutasi dan peralihan virus H1N1 kepada virus lain," katanya.

Beliau berkata, pegawai kesihatan daerah juga telah diarahkan untuk mendapatkan semua sampel flu untuk dibuat pemeriksaan selanjutnya.

Sementara itu, Liow berkata, kementerian itu akan berusaha secepat mungkin bagi membolehkan lebih ramai doktor swasta berpeluang melakukan lokum di hospital dan klinik kerajaan seperti mana terdapat doktor kerajaan yang melakukan lokum di klinik dan hospital swasta ketika ini.

"Mereka beritahu saya, mereka memohon tetapi tidak pernah dipelawa ke klinik atau hospital kerajaan. Selepas diadakan dialog dengan Persatuan Perubatan Malaysia Jumaat lepas, kita akan bersama menggembleng tenaga untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan di negara ini," katanya.

Ditanya kemungkinan sama ada doktor swasta akan meminta bayaran lebih tinggi untuk melakukan lokum di hospital kerajaan, Liow berkata, bayaran yang dikenakan ketika ini adalah berpatutan iaitu RM80 sejam.

Terdahulu Liow menyerahkan replika cek bernilai RM2 juta setiap satu kepada Hospital Tung Shin dan Hospital Chinese Maternity untuk tujuan membeli peralatan dan kemudahan perubatan.

Beliau juga meminta lebih banyak pihak supaya mewujudkan hospital yang tidak berasaskan keuntungan untuk kemudahan masyarakat yang kurang berkemampuan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

300 Anggota ME 5 Ke Lubnan 21, 27 Januari Ini

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain