suria

Warga Asing Hanya Boleh Beli Kediaman RM500,000 Dan Ke atas

KUALA LUMPUR: Kerajaan meningkatkan sekali ganda nilai had minimum perolehan unit kediaman oleh kepentingan asing kepada RM500,000 dan ke atas, seunit, berkuatkuasa 1 Januari.

Sebelum ini, nilai had minimum ialah RM250,000 dan ke atas, seunit.

Keputusan kerajaan untuk meningkatkan nilai had minimum tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif bagi menggalakkan pertumbuhan sektor hartanah, terutama yang melibatkan unit kediaman bertaraf tinggi dan eksklusif, kata Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan di sini hari ini.

JPM berkata langkah tersebut dijangka dapat melonjakkan kemasukan pelaburan langsung asing dalam pasaran hartanah serta menggalakkan lebih ramai pelabur asing yang berkualiti.

Langkah ini juga bertujuan memberi lebih banyak peluang kepada kepentingan tempatan memiliki hartanah berharga bawah RM500,000, katanya.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain