Pemandu Bas Sani Express Dituduh Memandu Secara Semberono - Semasa | mStar

Pemandu Bas Sani Express Dituduh Memandu Secara Semberono

IPOH: Pemandu bas Sani Express, Mohd. Kamil Mohd. Rashid, 37, hari ini dituduh di Mahkamah Majistret di sini kerana memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian 10 penumpang dekat sini Jumaat lepas.

Terdahulu pagi tadi, polis melanjutkan tempoh raman pemandu itu sehingga lusa.

Bas dua tingkat itu dikatakan terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8, Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara tidak jauh dari Plaza Tol Ipoh Selatan dekat sini.

Kesemua mangsa merupakan penumpang yang duduk di bahagian bawah yang bertolak dari Klang menuju Kangar pada 9 malam Jumaat lalu.

Ketua Trafik Ipoh, Timbalan Supritendan Mohd Rodzi Rajab memberitahu pada Sabtu lalu bahawa Mohd Kamil mengaku terlelap sejurus sebelum kemalangan berkenaan.

”Pemandu terbabit telah berhenti di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah dan merancang menukar giliran dengan rakannya di R&R Sungai Perak,” katanya sambil memberitahu bahawa ujian dadah dan alkohol pemandu tersebut negatif.

Berita selanjutnya akan menyusul...

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain