suria

Lelaki Menyamar Pegawai Polis Ditahan

LAHAD DATU: Polis menahan seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis berpangkat Superintendan dua hari lalu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Supritendan Shamsudin Mat berkata, lelaki berumur 49 tahun itu yang mendakwa dia bertugas di Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di ibu negara ditahan kira-kira 10.30 malam di Jalan Kastam Lama di sini.

Menurut Shamsudin, sejak berada di Sabah kira-kira setahun lalu, suspek yang mendakwa dirinya berkelulusan ijazah dalam bidang undang-undang dan ekonomi dipercayai sudah memperdaya ramai orang.

"Siasatan awal polis mendapati lelaki ini tidak mempunyai rekod kepolisan sebaliknya mempunyai rekod kesalahan jenayah lampau seperti menyamar sebagai penjawat awam, memiliki barang curi dan menipu dengan jalan samaran," kata Shamsudin.

Berdasarkan keputusan awal ujian air kencing, suspek juga didapati positif dadah jenis methampathamine dan amphetamine dan dia sedang disiasat di bawah Seksyen 506 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya.

Shamsudin meminta orang ramai yang pernah diperdayakan lelaki berkenaan supaya datang ke balai polis bagi membantu siasatan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ahli Perniagaan Dirompak RM930,000

Artikel Lain