suria

SPRM Boleh Soal Siasat Luar Waktu Pejabat - Mahkamah Rayuan

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyoal siasat saksi-saksi melebihi tempoh waktu pejabat.

Hakim Hasan Lah, Hakim Ahmad Maarop dan Hakim Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad yang bersidang membuat keputusan itu dengan sebulat suara.

Bulan lalu, Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Mohamad Ariff Md. Yusof membuatkan keputusan penting bahawa saksi-saksi hanya dibenarkan disoal siasat oleh SPRM dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang setiap hari.

Keputusan itu dibuat ekoran satu tuntutan mahkamah yang dibuat oleh Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Tan Boon Wah yang mencabar prosedur-prosedur soal siasat SPRM.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain