suria

Raja Permaisuri Agung Dimasukkan Ke Hospital

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agung Tuanku Nur Zahirah telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court di sini sejak 9 November lepas atas sebab-sebab kesihatan, menurut satu kenyataan dari Istana Negara malam tadi.

"Oleh yang demikian, Baginda tidak dapat berangkat menghadiri semua majlis rasmi mulai dari tarikh tersebut.

"Bagaimanapun, keadaan kesihatan baginda Tuanku telah beransur pulih dan dijangka akan dibenarkan keluar dari hospital dalam waktu terdekat," kata Istana Negara dalam kenyataan tiga peranggan itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Tak Boleh Tok Guru...Tak Boleh!

Artikel Berikut

Artikel Lain