suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

60 Pengunjung Pusat Hiburan Ditahan Kerana Positif Dadah

KUALA LUMPUR: Enam puluh pengunjung sebuah pusat hiburan di Jalan Sungai Besi di sini termasuk 29 wanita ditahan polis selepas didapati positif dadah dalam 'Ops Hiburan' awal hari ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur DSP Baharudin Mat Taib berkata mereka yang berusia antara 21 dan 57 tahun itu ditahan selepas ujian air kencing mendapati mereka positif dadah jenis ketamin, amphetamine dan methamphetamine.

"Dalam serbuan pada kira-kira pukul 3.30 pagi itu, seramai 106 pengunjung diperiksa oleh lima pegawai dan 20 anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dengan dibantu Bahagian Narkotik Cheras dan Putrajaya," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata polis bagaimanapun tidak menemui sebarang dadah di tempat berkenaan. Baharudin berkata hasil risikan selama dua minggu mendapati ada pengunjung pusat hiburan yang menyalahguna dadah manakala pusat hiburan terbabit beroperasi lebih masa.

"Polis percaya kekerapan menjalankan operasi seperti ini mampu membanteras gejala penyalahgunaan dadah di pusat-pusat hiburan di sekitar ibu kota," katanya. BERNAMA

Artikel Lain