suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

129 Penjawat Awam Selangor Dikenakan Tindakan Tatatertib

SHAH ALAM: Seramai 129 penjawat awam negeri Selangor dikenakan tindakan tatatertib dalam tempoh Januari hingga September tahun ini, Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu hari ini.

Pengerusi Jawatakuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri Dr Halimah Ali berkata daripada jumlah itu, 96 peratus atau 124 pegawai adalah dari Kumpulan Sokongan, manakala lima pegawai atau empat peratus Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

Beliau berkata jumlah penjawat awam yang dikenakan tindakan ini melibatkan semua 42 jabatan atau agensi yang terdapat di negeri Selangor.

"Majoriti kes salah laku yang dicatat adalah kes ketidakhadiran bertugas tanpa kebenaran Ketua Jabatan ataupun tanpa sebab munasabah iaitu 64 kes atau 50 peratus," kata Halimah ketika menjawab soalan Gan Pei Nei (PKR-Rawang) pada sesi soal jawab persidangan DUN di sini hari ini.

Halimah berkata kerajaan negeri sentiasa bekerjasama rapat dengan Institut Integriti Malaysia dalam mengadakan program atau aktiviti yang berorientasikan penyuburan integriti dan moral bagi penjawat awam.

Antara inisiatif yang diambil ialah mengadakan bengkel, seminar dan kursus berkaitan integriti, mengemas kini serta menyebarluaskan intipati Pelan Integriti Nasional, katanya. BERNAMA

Artikel Lain