BN terima kedudukan Chua sebagai Timbalan Presiden MCA - Semasa | mStar

BN terima kedudukan Chua sebagai Timbalan Presiden MCA

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) akur dengan keputusan Pendaftar Pertubuhan bahawa Datuk Seri Dr Chua Soi Lek masih Timbalan Presiden MCA, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Kita ikut pada undang-undang dan Perlembagaan, kalau begitulah kedudukannya dan disahkan oleh ROS maka kita harus terima," kata Timbalan Perdana Menteri kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pembangunan Pendidikan Rancangan Malaysia Ke10 di sini hari ini.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata beliau berpendapat keputusan ROS itu dibuat berdasarkan pada sudut teknikal, perundangan dan Perlembagaan MCA.

"Maknanya kedudukan itu diputuskan atas dasar perlembagaan parti kerana dalam perlembagaan MCA untuk meluluskan sesuatu resolusi perlu mendapat dua pertiga kelulusan wakil yang hadir dalam perhimpunan.

"Di dalam kes ini mungkin beliau kalah dalam jumlah yang kecil maka atas dasar perundangan yang ada dan perlembagaan itulah ia diputuskan," katanya.

Dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) 10 Okt lalu, perwakilan MCA antara lain, menolak usul mengembalikan jawatan Dr Chua sebagai Timbalan Presiden dan hanya menerimanya kembali sebagai anggota MCA.

Ketika diminta mengulas mengenai Anggota Parlimen Sabak Bernam Datuk Abdul Rahman Bakri yang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini terhadap lapan pertuduhan membuat tuntutan palsu, Muhyiddin berkata seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dibicarakan dan disabit kes itu.

"Kita tidak harus membuat satu andaian di peringkat ini, terlalu awal sangat," katanya. BERNAMA

Artikel Berikut

Cerun runtuh di Jalan Rawang-Selayang

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain