suria

Pesawat terhempas berhampiran Lembah Beringin

KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat latihan Kelab Penerbangan Diraja Selangor terhempas berhampiran Kelab Golf Beringin di Lembah Beringin dekat Rawang kira-kira pukul 6.30 petang ini.

Ketika kejadian, hanya juruterbang berada dalam pesawat itu dan dia dipercayai cedera parah.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Norel Azmi Affandi Yahya ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Sehingga kini kerja-kerja menyelamat juruterbang itu sedang giat dijalankan oleh polis, pasukan Bomba dan Penyelamat dan Rela. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain