suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

42 pelacur asing ditahan di pusat hiburan Puchong

PETALING JAYA: Polis menahan 42 pelacur asing dalam Ops Noda di sebuah pusat hiburan di Jalan Puteri 1/4, Bandar Puteri, Puchong, yang merupakan sarang pelacuran di sekitar kawasan itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Hasnan Hassan berkata sepasukan polis dari Cawangan Pencegahan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya dengan kerja sama Majlis Perbandaran Subang Jaya telah menyerbu pusat hiburan tersebut pada kirakira pukul 11.50 malam tadi.

Kumpulan itu yang terdiri daripada 29 warga China, enam dari Thailand, enam dari Vietnam serta satu dari Myanmar cuba melarikan diri dan bersembunyi dalam premis tersebut.

Hasnan, dalam satu kenyataan, berkata kesemua perempuan warga asing tersebut telah melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen seperti pas lawatan sosial telah tamat tempoh, tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan salah guna pas lawatan sosial.

Turut ditangkap seorang lelaki tempatan yang dipercayai pengurus premis hiburan tersebut bagi membantu siasatan atas kesalahan menggaji pekerja asing tanpa permit kerja sah.

Pihak MPSJ turut mengambil tindakan penyitaan terhadap premis hihuran tersebut. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain