Berita fitnah: Pejabat MB Perlis buat laporan polis

KANGAR: Pejabat Menteri Besar Perlis hari ini membuat laporan polis berhubung satu laporan berunsur fitnah dalam sebuah laman web yang mengaitkan kematian ibu Menteri Besar, allahyarham Mahasa Jusoh bulan lalu disebabkan AIDS dan HIV.

Setiausaha Politik Menteri Besar Perlis, Azali Abas yang diiringi beberapa pegawai kanan pejabat Menteri Besar Perlis membuat laporan itu di Balai Polis Kangar di sini hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Azali berkata laporan itu dibuat bagi membersihkan nama Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu yang kematian ibunya pada 21 Sept lepas akibat sakit tua.

Dakwanya pada 21 Okt lalu, sebuah laman web menyiarkan semula berita kematian ibu Menteri Besar dengan meminda perkataan "sakit tua" kepada "AIDS/HIV" sehingga menimbulkan keresahan masyarakat.

Sementara itu, Dr Md Isa ketika ditemui di sini hari ini berkata, laporan itu lebih berunsur fitnah terhadap dirinya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Harga petrol, diesel turun