suria

Tiada rancangan untuk menjual PLUS, kata Nor Mohamed

KUALA LUMPUR: Kerajaan tiada rancangan untuk menjual pengendali lebuh raya bertol, PLUS Expressways Bhd, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop hari ini.

"Pada pihak kerajaan, tiada rancangan untuk menjual lebuh raya bertol itu," kata Nor Mohamed, yang mengetuai Unit Perancangan Ekonomi (EPU), semasa menjawap soalan sama ada kerajaan telah menerima sebarang cadangan mengenai pengambilalihan PLUS Expressways.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di Forum Tahunan Khazanah Megatrends dan melancarkan buku bertajuk "From Asian to Global Financial Crisis."

PLUS Expressways mengendalikan Lebuh raya Utara-Selatan, lebuh raya terpanjang di negara ini yang terentang sepanjang Semenanjung Malaysia.

Cabang pelaburan kerajaan, Khazanah Nasional Bhd memiliki secara langsung 23.66 peratus di dalam PLUS Expressways dan kepentingan secara tidak langsung 40.21 peratus melalui anak syarikat milik penuh Kumpulan UEM itu.

Nilai pasaran semasa kepentingan itu bernilai RM10.5 bilion. BERNAMA

Artikel Lain