suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Abdul Azeez alami kecederaan tisu lembut

KUALA LUMPUR: Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) malam semalam, mengalami kecederaan tisu lembut selepas didakwa ditumbuk penyokong parti pembangkang semalam.

Abdul Azeez berkata, beliau dimasukkan ke HKL selepas muntah-muntah dan pitam di rumahnya di Subang Jaya sekembalinya dari pusat penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Bagan Pinang di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson, Negeri Sembilan.

"Selepas solat Maghrib, saya rasa nak pengsan, pitam, saya muntah. Bila saya kata sakit dan doktor periksa tekanan darah saya 165/95. Saya tiada... saya tak pernah ada tekanan darah tinggi sebelum ini," katanya kepada pemberita di HKL hari ini.

Abdul Azeez berkata, hasil pemeriksaan x-ray hari ini mendapati tulang lehernya dalam keadaan baik dan tidak retak.

Beliau berkata ini adalah kali pertama beliau dicederakan sepanjang membantu kempen 11 pilihan raya kecil sebelum ini.

Turut melawat Abdul Azeez adalah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang sama-sama berjalan dengan beliau ke pusat penamaan calon semalam. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain