suria

Wanita dan bekas suami diberkas terbabit kes samun

KUANTAN: Seorang wanita bersama bekas suaminya diberkas di sebuah rumah di Felda Jengka 16 dekat Maran semalam kerana disyaki terbabit menyamun dua pelajar perempuan.

Pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Pahang, ASP Noor Asyikin Shamsuri berkata, wanita berusia 31 tahun dan bekas suaminya yang berumur 34 tahun ditahan di rumah wanita terbabit pada 4 pagi kerana dipercayai menyamun dua pelajar berusia 14 tahun di Sungai Gau dekat Temerloh pada 5.15 petang sehari sebelumnya.

"Keduadua pelajar itu yang sedang menunggu bas dipelawa menaiki kereta yang dinaiki suspek untuk dihantar ke bandar Temerloh tetapi apabila sampai di bawah jambatan Sultan Haji Ahmad Shah, lelaki tersebut mengeluarkan pisau serta mengarahkan keduadua mangsa menyerahkan barangan berharga.

"Akibat ketakutan, mereka telah menyerahkan telefon bimbit serta wang tunai berjumlah RM62," katanya.

Noor Asyikin berkata keduadua pelajar itu berjaya melarikan diri selepas menyedari pintu kereta tersebut tidak berkunci. BERNAMA

Artikel Lain