Mini disko diserbu, 37 positif dadah ditahan - Semasa | mStar

Mini disko diserbu, 37 positif dadah ditahan

KUALA LUMPUR: Polis menyerbu sebuah pusat hiburan karaoke ala mini disko yang beroperasi lebih masa di New Universal KTB atau lebih dikenali sebagai Laiketong di Taman Maluri, Cheras, pagi ini, dan menahan 37 pengunjungnya yang didapati positif dadah.

Pusat hiburan itu didapati menjadi tumpuan penagih dadah sintetik untuk berhibur, dan pemeriksaan mendapati lebih separuh daripada pengunjung pusat hiburan itu adalah dari kalangan yang beragama Islam, dengan kebanyakannya sedang mabuk dan khayal.

Serbuan pukul 7.30 pagi itu dilakukan oleh Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur yang dketuai oleh ASP Mahani Mohamed.

Seramai 118 pengunjung pusat hiburan tiga tingkat itu diperiksa dalam serbuan yang berakhir pada pukul 1 tengah hari ini, dan antara yang turut diperiksa dalam serbuan itu ialah 14 pegawai dan anggota polis yang juga didapati sedang berhibur di pusat itu.

Pemeriksaan mendapati 37 pengunjung pusat itu positif dadah jenis ketamin, Eramin 5 dan syabu, dengan 21 daripadanya adalah wanita, termasuk tiga warga Indonesia serta Laos, dan mereka akan disiasat di bawah Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketika serbuan beberapa pengunjung cuba melarikan diri melalui bumbung dan mengunci diri mereka ke dalam premis berhampiran, namun usaha itu gagal apabila taktik mereka dihidu polis, yang terpaksa memecah pintu premis berhampiran untuk memberkas mereka.

Polis turut menemui sejumlah dadah jenis ketamin di sekitar kawasan premis berkenaan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain