Demo ISA: 13 penyokong GMI kekal pengakuan tidak bersalah - Semasa | mStar

Demo ISA: 13 penyokong GMI kekal pengakuan tidak bersalah

KUALA LUMPUR: Seramai 13 penyokong Gerakan Memansuhkan ISA (GMI) semalam kekal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan pilihan iaitu cubaan mengambil bahagian dalam perhimpunan haram, Ogos lepas.

Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff hari ini menawarkan pertuduhan pilihan itu di bawah Seksyen 27(5)(a) Akta Polis 1967 yang membawa hukuman penjara enam bulan dan denda sehingga RM10,000 jika sabit kesalahan.

Pada 3 Ogos lalu, mereka didakwa membantu GMI dengan membekalkan enam helai baju T berlengan panjang warna merah untuk kegunaan perhimpunan itu di Jalan Kinabalu, berhampiran Masjid Negara pada 1 Ogos, dan boleh dipenjarakan tiga tahun dan denda sehingga RM3,000.

Tertuduh terdiri daripada Mohamad Helmi Hassan, 31, Mohd Lokman Amad Ulawi, 22, Mohamad Fafizuddin Mohd Ghazali, 19, Saad Musa, 26, Mohd Fadzil Jan Jam, 25, Samsul Anuar Nordin, 29, Mohamad Ikhwan Ikram, 20, Kamarul Nadhir Kadini, 18, Shahrul Iman Mohamad Salleh, 25, Abu U'baidah Jalaluddin, 21, Ahmad Abdul Wahab Abdul Rahman, 24, Muhammad Sholihin Mat Salleh, 19 dan seorang juvana.

Hakim Mahkamah Sesyen Muhammad Sekeri Mamat membenarkan pengecualian kehadiran bagi kesemua tertuduh pada prosiding sebut semula pada 13 November. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain