suria

Geng pecah rumah di empat negeri tumpas

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan geng pecah rumah yang aktif di beberapa negeri berikutan penangkapan empat lelaki termasuk seorang wanita di Petaling Jaya dan Gombak hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah berkata hasil maklumat orang awam, anggotaanggota geng itu dapat diberkas selepas mereka memecah masuk sebuah rumah di Taman Seri Gombak pagi semalam.

"Tiga lelaki dari geng terbabit memecah masuk ke rumah berkenaan kirakira 7 pagi semalam dan mencuri barang kemas bernilai kirakira RM23,000. Bertindak atas laporan, kita dapat menahan mereka kurang daripada 24 jam selepas kejadian," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kesemua suspek yang berumur antara 38 dan 41 tahun itu mempunyai rekod jenayah membabitkan kes pecah rumah di Kajang (Selangor), Batu Pahat (Johor), Bentong (Pahang) dan Perak sejak 2000.

"Dengan tertangkapnya kumpulan berkenaan, polis turut merampas lima telefon bimbit pelbagai jenis, peralatan pecah rumah dan seberkas kunci kereta. Kita juga menemui semula sebuah kereta BMW 5 Series yang dilaporkan dicuri di Perak pada 30 Jun lepas," katanya.

Abdul Rahim berkata penangkapan lelaki berkenaan turut membantu polis menyelesaikan beberapa kes curi kereta di sekitar ibu negara. BERNAMA

Artikel Lain