suria

Wacana tidak bercanggah dengan pendirian PAS - Hadi

KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pelawaan Dewan Pemuda Pas kepada Pergerakan Pemuda Umno untuk mengadakan wacana ilmiah adalah suatu yang baik dan tidak bercanggah dengan pendirian parti itu.

"Kita (PAS) membenarkan perbincangan diadakan dengan semua pihak. Kita tak menghalang (perbincangan) dengan manamana parti sama ada MCA, DAP termasuklah Pemuda Umno," katanya kepada pemberita semalam. Semalam, Ketua Dewan Pemuda PAS Nasruddin Hasan Tantawi menyerahkan surat pelawaan wacana ilmiah kepada Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim di Parlimen.

Dalam sidang akhbar kemudiannya, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyambut baik pelawaan Dewan Pemuda PAS Pusat untuk diadakan wacana mengenai pelbagai isuisu semasa.

Khairy berkata inisiatif tersebut dilihat sebagai suatu perkembangan baru dan besar memandangkan usaha untuk mengadakan perbincangan antara PAS dan Umno di peringkat pusat sebelum ini sering diganggu oleh parti lain dalam pakatan pembangkang. Ahli Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi ketika ditemui di lobi Parlimen berkata pelawaan Dewan Pemuda PAS dan kesudian Pemuda Umno adalah perkembangan yang baik.

Timbalan Menteri Pelajaran itu berkata budaya duduk semeja adalah untuk mewujudkan suasana kemesraan, bukan untuk menunjukkan ego tentang siapa yang hebat atau kuat.

"Pelapis (Pemuda Umno dan Dewan Pemuda PAs) ini perlu berbincang dan memahami antara sama lain dan memulakan dialog. Sudah masanya kita di Malaysia ini menyediakan pelapis daripada pelbagai parti politik lebih terbuka, tak taksub kepada parti tetapi matlamat (lebih kepada) membina negara.

Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menyifatkan jemputan Dewan Pemuda PAS kepada Pemuda Umno untuk mengadakan wacana ilmiah terbuka sebagai langkah awal keduadua belah pihak berbincang mengenai isu sesama.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata meskipun tajuk dipilih Dewan Pemuda PAS namun ia adalah permulaan kepada perbincangan intelektual di peringkat Pemuda keduadua parti untuk bertemu dan menyatakan pandangan masingmasing secara ikhlas dan terbuka.

Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata beliau menganggap pelawaan Dewan Pemuda PAS kepada Pemuda Umno untuk mengadakan wacana ilmiah sebagai lebih menjurus kepada perbincangan tidak formal.

Katanya, MCA berpegang teguh bahawa sebarang perbincangan dan pertemuan yang menjurus kepada kepentingan kestabilan politik dan membantu meredakan kegawatan adalah baik meskipun ia membabitkan pembangkang. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain