suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga Indonesia dijumpai mati dibunuh

NILAI: Seorang lelaki warga Indonesia dijumpai mati dibunuh di sebuah rumah pangsa di Taman Semarak, dekat sini, petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP Mohd Zaki Masroh berkata dalam kejadian yang dipercayai berlaku antara pukul 4.30 hingga 5.30 petang itu, mangsa dipercayai diserang oleh penyerangnya dengan sabit.

"Polis menemui mayat mangsa selepas dihubungi orang awam yang terdengar bunyi bising seperti pergaduhan di rumah terbabit," katanya di sini, hari ini.

Katanya mayat mangsa ditemui dalam keadaan terlentang di ruang tamu dengan kesan kecederaan pada kepala dan perut.

Polis turut menemui dua bilah sabit di tempat kejadian, katanya.

"Kita mengesyaki dua rakan mangsa mempunyai kaitan dengan pembunuhan itu. Kita tidak menolak kemungkinan motif pembunuhan adalah balas dendam," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain