PKR Pulau Pinang mesyuarat jentera pilihan raya malam ini - Semasa | mStar

PKR Pulau Pinang mesyuarat jentera pilihan raya malam ini

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) memulakan misi pertama mereka bagi menghadapi pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti dengan mengadakan mesyuarat persediaan jentera parti malam ini.

Bagaimanapun Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim berkata mesyuarat jentera parti malam ini yang akan dipengerusikan oleh Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya akan menyentuh mengenai persedian peringkat awal.

"Kita akan adakan mesyuarat PKR negeri malam ini, peringkat mula kita hanya akan bincang mengenai persedian dan apa yang patut dilakukan," katanya kepada mStar Online.

Pilihan raya kecil DUN Penanti akan diadakan berikutan peletakkan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin.

Mohammad Fairus yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang semalam mengumumkan yang beliau meletakkan jawatan sebagai ADUN Penanti.

Beliau juga telah meletak jawatan sebagai Pengerusi Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat Negeri berkuat kuasa 8 April lalu.

Ditanya sama ada PKR negeri akan mengemukakan senarai pendek beberapa nama calon untuk diputuskan malam ini, beliau berkata perkara tersebut masih terlalu awal untuk dibincangkan.

"Belum ada lagi apa-apa senarai pun, kita tak fikir lagi tentang calon.

"Apa-apa pun kita akan serahkan kepada Datuk Seri Anwar untuk buat keputusan mengenai siapakah calon yang paling layak untuk menjadi calon di Penanti," katanya.

Sementara itu megulas mengenai khabar angin yang mengatakan PKR akan meletakkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon, beliau berkata: "Saya

tak dengar apa-apa khabar angin seperti itu, soal calon biarlah Datuk Seri Anwar yang tentukan".

Ditanya sama ada PKR Pulau Pinang sedia menerima calon bukan dari kalangan pemimpin tempatan, beliau sekali enggan memberikan sebarang komen mengenai perkara berkenaan.

"Awal lagi nak cakap soal calon, nanti dah tiba masanya kita akan umumkan juga," katanya.

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain