suria

Lantik Shahrizat jadi senator, menteri

KUALA LUMPUR: Seorang senator hari ini mencadangkan agar Ketua Pergerakan Wanita Umno yang baru Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dilantik sebagai Senator dan seterusnya diberi jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Senator Datuk Nor Hayati Onn berkata cadangan itu perlu bagi membolehkan Shahrizat menjadi wakil kepada suara wanita di dalam barisan kepimpinan baru negara yang bakal diterajui Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lama lagi.

"Kalau boleh mohon beliau (Shahrizat) memegang kembali portfolio Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu kementerian yang diperjuangkan oleh Wanita Umno," katanya ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Negara semalam.

Selain itu, Nor Hayati turut mencadangkan agar seorang wakil belia dilantik menjadi anggota Dewan Negara bagi mewakili generasi muda menyuarakan pandangan mereka. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain