PKR yakin lakukan kejutan pada pilihanraya kecil Batang Ai - Semasa | mStar

PKR yakin lakukan kejutan pada pilihanraya kecil Batang Ai

KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) yakin dengan peluang untuk memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Batang Ai pada pilihan raya kecil akan datang berikutan kematian penyandangnya Datuk Dublin Unting Ingkot, kata Timbalan Ketua PKR negeri Nicholas Bawin Anggat hari ini.

Bawin, yang diuar-uarkan bakal menjadi calon PKR bagi kerusi itu berkata pada kali ini, pertarungan bagi kerusi majoriti pengundi Iban itu pasti panas kerana kedua-dua parti mempunyai sokongan kewangan dan logistik, tidak seperti pada pilihan raya lepas.

"Saya akan serahkan kepada parti untuk memutuskan siapa calon PKR bagi kerusi Batang Ai dan ia merupakan satu penghormatan kepada saya jika parti menamakan saya sebagai calon," katanya kepada Bernama di sini.

Pemegang diploma Pengurusan Perniagaan dari Institut Teknologi Mara (ITM) (kini dikenali Universiti Teknologi Mara) berumur 50 tahun itu berkata masalah pemilikan tanah, khususnya tanah adat akan menjadi isu utama dalam pilihan raya kecil itu, yang tarikhnya masih belum ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Bekas presiden Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) itu bertanding di kerusi itu dalam pilihan raya 2006 atas tiket Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), memperoleh 2,489 undi dan tewas kepada Dublin yang mendapat 3,298 undi, dengan majoriti 806 undi.

Dublin 55, yang juga Menteri Muda Pertanian dan Sukan, meninggal dunia di Normah Specialist Medical Centre (NSMC), selepas dimasukkan ke hospital itu akibat serangan angin ahmar sejak 22 Mei tahun lepas dan berada dalam keadaan koma sehingga menghembuskan nafas terakhir. BERNAMA

Artikel Sebelum

PKR yakin lakukan kejutan di Batang Ai

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.