Wanita terima 100 jahitan diserang pembantu rumah - Semasa | mStar

Wanita terima 100 jahitan diserang pembantu rumah

PULAU PINANG: Seorang wanita menerima lebih 100 jahitan selepas diserang dengan pisau oleh pembantu rumahnya warga Indonesia di flat Sri Mahsuri, Jalan Padang Tembak di sini hari ini.

Phang Kian Huang, 42, dikatakan sedang tidur di biliknya apabila diserang oleh pembantu rumahnya yang dikenali sebagai Hanni yang berusia awal 20an, kirakira 11 pagi.

"Saya sedang tidur di bilik saya apabila dia datang dan pukul saya dengan kerusi beberapa kali dan kemudian dia keluar dari bilik untuk mengambil pula pisau di dapur.

"Dia kemudian masuk semula ke bilik dan kelar leher dan badan saya serta pukul kepala dan dada saya guna anak lesung batu berulang kali," katanya yang kini dirawat di Hospital Pulau Pinang.

Phang menerima 65 jahitan di leher, 20 jahitan di lutut dan juga 20 jahitan di telinga.

Ditanya punca kepada kejadian itu, beliau berkata ia mungkin berpunca daripada kemarahannya kepada pembantu rumahnya itu semalam.

"Saya memang ada marah Hanni semalam sebab dia selalu buat kerja tidak betul tetapi saya tidak sangka dia akan buat begini," kata ibu kepada dua anak kembar berusia 6 tahun itu.

Phang berkata selepas diserang, beliau terus menghubung suaminya, Lim Hee Soon, 41, untuk memaklumkan kejadian itu.

Lim, 41, seorang peniaga bubur di Jalan Perak, berkata Hanni yang sudah bekerja

selama setahun sembilan bulan di rumah mereka akan tamat perkhidmatannya tiga bulan lagi.

Katanya pembantu rumahnya itu kerap membuat kesilapan semasa bekerja serta sering menggunakan telefon mereka.

Perkara itu sudah diadu kepada agensi pembantu rumah barubaru ini, katanya.

"Saya syak aduan itu menyebabkan pihak agensi marah dia. Jadi, dia mahu balas sebab isteri saya selalu tegur dia," katanya yang telah membuat laporan polis berhubung kejadian ke atas isterinya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Azam Abdul Hamid berkata pembantu rumah berkenaan telah ditahan bagi membantu siasatan. BERNAMA

Artikel Sebelum

URUTAN DETIK KRISIS POLITIK DI PERAK

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain