Exco Perak mula guna Camry ganti Perdana V6

IPOH: Anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak hari ini mula menggunakan kereta Toyota Camry 2.4 berwarna hitam menggantikan kereta nasional Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata pembelian sejumlah 16 kenderaan berkenaan bernilai kirakira RM2.56 juta dibuat secara tender terbuka oleh jabatan tender kerajaan negeri.

"Pada hari ini kita terima sembilan buah yang akan digunakan oleh Exco dan pegawai kanan. Baki kenderaan tujuh lagi akan dibekalkan secara berperingkat berdasarkan stok yang ada," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum ini pelbagai kritikan dibuat oleh pelbagai pihak kerana tidak mahu kerajaan negeri membazirkan wang rakyat bagi pembelian kenderaaan itu berikutan pimpinan utama negeri yang diterajui parti DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini meuaruarkan penjimatan wang dan ingin menjadikan kebajikan rakyat sebagai keutamaan.

Terdahulu, seawal 10 pagi tadi kereta Toyota Camry yang pertama dilihat memasuki bangunan pentadbiran kerajaan negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini dengan nombor pendaftaran AFD 33 dan disusuli yang lainnya dibawa masuk secara berperingkat oleh pengedar UMW Toyota ke kawasan letak kereta berbumbung di bangunan berkenaan. Mohammad Nizar berkata harga bagi sebuah Toyota Camry itu kirakira RM160,000 termasuk cukai manakala kenderaan rasmi sebelum ini Perdana V6 Executive ditukarganti dengan nilai antara RM30,000 dan RM40,000 sebuah.

Katanya kereta Perdana V6 yang masih dalam keadaan baik masih digunakan. "Kereta saya masih boleh bertahan lagi untuk digunakan, mungkin saya yang terakhir yang akan mula menggunakan kereta itu (Toyota Camry)," katanya.

Kesemua 16 kereta Toyota Camry itu akan digunakan oleh Menteri Besar dan 10 anggota Exco serta lima pegawai kanan kerajaan negeri lain iaitu Mufti Perak, Pegawai Kewangan Negeri, Penasihat Undangundang, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Speaker Dewan Undangan Negeri.

Terdahulu, Mohammad Nizar menerima kunjungan anggota Dewan Undangan Negeri Simpang Pulai Chan Ming Kai yang menyerahkan laporan berhubung proses pemilihan ketua Kampung Baru Gunung Rapat di sini yang berlangsung 1 Jan lepas.

"Saya akan meneliti kandungan laporan ini serta membincangkan dalam mesyuarat Exco...kita sekali lagi menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak semestinya menerima keputusan pemilihan berkenaan kerana hak muktamad bagi melantik ketua Kampung Baru adalah di bawah kerajaan negeri," katanya.

Pada 29 Dis lepas, Mohammad Nizar terkilan dengan tindakan dua wakil rakyat daripada PKR iaitu anggota Parlimen Gopeng Dr Lim Boon Chye dan Chan kerana mengingkari arahan kerajaan negeri supaya pemilihan itu dibatalkan kerana ketua Kampung Baru hanya akan dilantik oleh kerajaan negeri. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain