suria

Wan Farid bukan orang siapa-siapa - Najib

TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melihat model rumah tiga tingkat yang akan dibina selepas merasmikan majlis Pecah Tanah Projek Perpindahan Penduduk Pantai Pandak di Kampung Cherong Binjai, Chendering, Kuala Terengganu. Turut serta Menteri Besar Datuk Ahmad Said (tengah) dan calon Barisan Nasional Parlimen Kuala Terengganu Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (kanan).

KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menjelaskan pemilihan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dibuat secara kolektif antara beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri berkata tidak timbul persoalan oleh sesetengah pihak bahawa Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu itu "orang Pak Lah" (Abdullah).

"Ada orang kata Wan Farid orang Pak Lah... dia tidak ada orang siapa-siapa. Sebab Perdana Menteri dan saya bersama-sama memilih beliau (sebagai calon BN).

"Tak kan kita hendak buang anak tempatan dan (pernah menjadi) Timbalan Menteri. Beliau juga ada kelulusan LLB (undangundang)," katanya pada majlis pecah tanah projek perpindahan penduduk Pantai Pandak, Chendering di Kampung Cherong Binjai, Chendering dekat sini semalam.

Turut hadir, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said, Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Mokhtar Nong dan Wan Ahmad Farid.

Najib berkata beliau terpaksa memberikan penjelasan kerana banyak pihak membuat pelbagai andaian terhadap pemilihan Wan Ahmad Farid sebagai calon BN untuk pilihan raya kecil itu.

"Sebab itu saya perlu jelaskan perkara ini sebab analisis politik buat macam-macam andaian. Ini tidak boleh dan calon kita tiada kena mengena dengan Pak Lah, saya dan Mat Said (Ahmad Said).

"Tetapi kalau saya kata tiada kena-mengena... bukan tiada kena mengena langsung. Mesti ada kaitan sebab kita yang memainkan peranan pentadbiran dasar peringkat nasional dan negeri," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata apa yang penting sekarang ialah BN hendak memastikan bahawa Wan Ahmad Farid dipilih sebagai wakil rakyat di kawasan parlimen berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Najib berkata BN sentiasa komited untuk membuat perubahan termasuk untuk kesejahteraan dan keselesaan rakyat.

Katanya parti itu mengambil iktibar daripada keputusan pilihan raya umum ke-12 Mac tahun lepas kerana yang penting sekarang ialah "suara" dan harapan rakyat perlu didengar serta dilaksanakan.

Timbalan Perdana Menteri berkata BN merupakan sebuah parti yang sentiasa mengotakan janji berbanding pembangkang yang hanya pandai bercakap tetapi gagal melaksanakannya.

Pada pilihan raya kecil itu, Wan Ahmad Farid akan ditentang calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut dan calon Bebas, Azharudin Mamat alias Adam.

Sementara itu, Ahmad berkata kerajaan Terengganu akan membina 120 unit rumah di pangsapuri tiga tingkat itu di Kampung Cherung Binjai, untuk penduduk Pantai Pandak yang sebahagian besarnya nelayan.

Beliau berkata setiap unit rumah mempunyai tiga bilik tidur serta dua bilik air. Kos seunit rumah berkenaan akan ditentukan kelak. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain