suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anwar sanggup diludah jika Pakatan Rakyat gagal bawa perubahan

KUALA TERENGGANU: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sanggup diludah sekiranya Pakatan Rakyat tidak mampu membuat perubahan seandainya diberi mandat memerintah negara.

"Saya tidak berani bersumpah atau berjanji tapi saya berikrar akan membela nasib rakyat. Sekiranya saya tidak berbuat demikian, tuan-tuan boleh jumpa saya dan ludah pada saya," katanya satu dalam ceramah di sini malam tadi.

Ceramah anjuran Pakatan Rakyat itu adalah bagi menyokong calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut dalam kempen pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu menjelang pengundian 17 Jan ini.

Ceramah yang diadakan di kawasan rumah pangsa Jalan Bukit Kecil dihadiri 100 orang.

Dalam ceramahnya, Anwar membangkitkan isu penahanan beliau oleh polis, isu pengambilan tanah oleh Umno selain isu rasuah.

Dalam pilihan raya itu, Mohd Abdul Wahid berdepan calon Barisan Nasional Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan seorang calon Bebas.BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain