suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahli Majlis ditahan kerana dipercayai terlibat proses VCD dan DVD cetak rompak

IPOH: Seorang Ahli Majlis Perbandaran ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kegiatan memproses cakera padat video (VCD) dan cakera padat digital (DVD) di Taiping hari ini.

Jurucakap Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN&HEP) berkata Ahli Majlis Perbandaran Taiping berumur lingkungan 40an itu ditahan dalam satu serbuan bersama pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) di sebuah rumah di Taman Hijau pada kirakira pukul 7 malam.

Jurucakap itu berkata, hasil pemeriksaan di dalam rumah itu, pegawai KPDNHEP merampas 11 kotak VCD dan DVD kosong, dua buah komputer dan dua mesin pencetak. BERNAMA

Artikel Lain