suria

Ahli politik Masai ditahan di bawah Ordinan Darurat

JOHOR BAHRU: Seorang ahli politik berusia 44 tahun ditahan di bawah Ordinan Darurat dua hari lepas kerana dipercayai terbabit dalam sindiket jenayah di Johor.

Beliau ditahan mengikut Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969.

"Saya mengesahkan penahanan lelaki tersebut. Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Syed Hamid Albar) telah pun menandatangani kebenaran dan penahanan yang berkuatkuasa pada 17 Nov lepas," kata Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, ahli politik dari Masai itu ditangkap pada 20 Sept lepas kerana terlibat dalam jenayah kekerasan dan mengganggu ketenteraman awam.

Katanya, lelaki itu telah dihantar ke Penjara Simpang Renggam semalam bagi menjalani tahanan selama dua tahun. BERNAMA

Artikel Lain