suria

Dua lelaki ditahan kerana disyaki bawa minyk diesel subsidi tanpa permit

KUCHING: Polis Marin Sarawak menahan dua lelaki tempatan termasuk juragan sebuah bot nelayan kerana disyaki membawa minyak diesel subsidi tanpa permit di perairan Muara Tebas berhampiran Steyen Kuasa Sejingkat dekat sini semalam, kata Ketua Bahagian Risikan Operasi, DSP Mohd Razlin Abdul Manaf.

Beliau berkata anggota Kapal Ronda PX15 mendapat sebanyak 14,000 liter minyak diesel di bahagian hadapan dan belakang bot tersebut, yang dianggarkan berjumlah RM18,000 semasa pemeriksaan dilakukan pada 3.35 petang dalam Ops Octopus.

"Juragan bot yang berumur 51 tahun itu disyaki membawa lebihan minyak diesel, yang dipercayai untuk diselewengkan dalam tangki bot yang telah diubahsuai.

Dia kini ditahan atas kesalahan Akta Kawalan Bekalan (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna)," katanya pada sidang media di pangkalan Polis Marin Bintawa, di sini hari ini.

Seorang krew bot berumur 24 tahun serta bot tersebut turut ditahan manakala kes itu dirujuk ke kementerian berkenaan di sini untuk siasatan dan tindakan lanjut, katanya.

Menurutnya tujuh kes yang sama, termasuk satu kes terbesar melibatkan rampasan 80,000 liter dengan anggaran nilai RM300,000 di Bintawa Jun lepas, telah dirujuk kepada kementerian itu sepanjang Ops Octopus di Sarawak. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Adun Sanglang angkat sumpah

Artikel Lain