Sepuluh remaja geng curi motosikal ditahan - Semasa | mStar

Sepuluh remaja geng curi motosikal ditahan

KUALA LUMPUR: Geng Pitok yang anggotanya berusia antara 19 tahun dan 23 tahun serta aktif mencuri motosikal kapcai di sekitar Lembah Klang akhirnya tumpas dengan penahanan 10 remaja lelaki pada 7 Nov lepas di sekitar kawasan setinggan Jalan San Peng di sini.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Ahmad Amir Mohd Hashim berkata dalam serbuan itu, polis menahan kesemua remaja berkenaan ketika mereka sedang meleraikan komponen sebuah motosikal curi.

Beliau berkata hasil pemeriksaan, polis menjumpai 10 motosikal kapcai pelbagai jenis yang sudah dileraikan, dua enjin motosikal, dua casis, komponen, rangka motosikal selain peralatan untuk meleraikan motosikal.

"Mereka sudah menjalankan kegiatan ini kira-kira setahun lalu dan aktiviti mereka diketuai seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang dikenali sebagai Pitok," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata kumpulan tersebut turut mempunyai seorang yang bertindak sebagai 'runner' untuk menghantar dan menjual komponen-komponen yang sudah dileraikan itu kepada pembeli termasuk kepada individu dan kedai-kedai.

Mengenai penemuan mayat dalam sebuah beg berhampiran sebuah kuil di Batu 4 1/2, Jalan Cheras semalam, Ahmad Amir berkata sehingga kini identiti lelaki itu belum dikenal pasti tetpi dia dipercayai warga asing. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain