suria

UPP rampas 320 beg beras wangi

PENGKALAN HULU: Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Perak merampas 320 beg beras wangi yang dipercayai di seludup dari negara jiran pada satu operasi di KM 49 Jalan Cameron Highland ke Simpang Pulai malam tadi.

Komander UPP Perak Shamsuddin Pardi berkata bertindak hasil siasatan, satu pasukan tujuh anggota UPP dan Kastam menahan dua buah buah lori dari Gua Musang, Kelantan yang melalui jalan itu lewat malam tadi.

Beliau berkata hasil pemeriksan, pasukan itu menemui 160 beg beras wangi seberat 50kg dalam tiap sebuah lori yang ditahan.

"Beras itu dipercayai untuk dihantar kepada seorang pembekal beras di Gombak, Selangor dan pengangkutannya tidak disertai permit pemindahan beras dari Kawal Selia Padi Dan Beras Negara," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Shamsuddin berkata UPP kemudiannya menahan dua pemandu dan dua kelindan lori terbabit yang berumur antara 23 dan 47 tahun bagi membantu siasatan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain