suria

Zahid harap tempoh kempen yang panjang tidak jejas sokongan

PUTRAJAYA:Tempoh kempen yang panjang diharapkan tidak mengganggu konsisten sokongan daripada perwakilan bahagian dan akar umbi, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang sudah melepasi kuota untuk bertanding merebut jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan parti Mac depan dengan 38 pencalonan berkata, beliau agak terkejut dengan pencalonan yang diterima dan berterima kasih.

"Terkejut jugalah dengan sokongan yang diberikan kerana pada peringkat awal pencalonan yang saya terima amat sedikit berbanding caloncalon lain.

"Saya harap sokongan itu akan terus konsisten sebab dalam tempoh kempen yang terlalu panjang macammacam boleh jadi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Sistem e-Bayanat dan e-Wakaf di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata dalam berpolitik apa yang saya tanam bukan budi tetapi semangat kesetiakawanan dan mungkin berdasarkan konsep itu rakanrakan memberi sokongan kepadanya.

"Tetapi saya yakin kalau kita konsisten dalam perjuangan...sokongan terhadap kita juga akan konsisten," katanya.

Sehingga kini empat calon sudah melepasi kuota termasuk Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (54 pencalonan), Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (32), dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (31). BERNAMA

Artikel Lain