suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga lelaki ditahan dipercayai terlibat kes samun kereta

KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga lelaki dipercayai terlibat dalam kes samun kereta di sekitar Lembah Klang berhampiran pekan Rawang awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata polis menahan ketiga-tiga lelaki itu, berumur antara 21 dan 25 tahun, yang menaiki sebuah Proton Iswara pada pukul 3 pagi.

"Kita dapat maklumat mengenai kereta yang mencurigakan itu dan telah mengejar kereta tersebut dari Taman Garing dekat Rawang hingga ke pekan Rawang," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata ketika tangkapan, berlaku sedikit pergelutan hingga menyebabkan suspek mengalami cedera ringan.

Polis turut menjumpai tiga bilah parang, empat bilah pisau pemotong daging, satu gulung tali dan beberapa botol minuman keras di dalam kereta itu.

Abdul Rahim berkata salah seorang daripada suspek yang ditahan mempunyai tujuh rekod jenayah lampau berkaitan samun kereta di sekitar Lembah Klang.

Kesemua mereka ditahan reman bermula hari ini dan disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan berkaitan dengan samun bersenjata. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain