suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gadis 21 tahun ditahan kerana seludup minuman keras

PADANG BESAR: Seorang gadis tempatan ditahan pasukan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) ketika menyeludup 537.60 liter minuman keras di Wang Kelian berhampiran sempadan MalaysiaThailand semalam.

Komander UPP Perlis DPS Zakaria Abdul Rahman berkata gadis berusia 21 tahun itu ditahan pukul 1.30 tengah hari ketika menyeludup 1,680 tin minuman keras berjenama Carlsberg dengan nilai rampasan termasuk cukai yang cuba dilarikan berjumlah hampir RM10,000.

Siasatan awal mendapati gadis yang tinggal di kampung Wang Kelian itu dipercayai mengambil upah melakukan kegiatan itu tiga kali sehari kerana kedudukan rumahnya yang hampir dengan sempadan, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Zakaria berkata semasa melakukan rondaan, UPP mengesan sebuah kenderaan dari arah sempadan dalam keadaan mencurigakan lalu mengekorinya ke sebuah premis yang dijadikan stor transit minuman keras di kampung itu.

Hasil pemeriksaan, mereka menemui 70 peti yang mengandungi 1,680 minuman keras di dalam kenderaan itu dan gadis itu turut ditahan untuk siasatan lanjut.

Zakaria berkata minuman keras diletakkan sementara di stor itu sebelum dipasarkan di Pulau Pinang. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain