suria

26 Bahagian Umno bermesyuarat minggu ini

KUALA LUMP:UR Sebanyak 26 Bahagian Umno akan mengadakan mesyuarat perwakilan masingmasing pada minggu ini.

Esok, bahagian Machang di Kelantan dan Kimanis di Sabah akan mengadakan mesyuarat manakala Bahagian Tumpat dan Besut pada hari Sabtu.

Sebanyak 22 bahagian akan mengadakan mesyuarat masingmasing Ahad ini termasuk Bahagian Pagoh yang diketuai oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bahagian-bahagian lain yang turut mengadakan mesyuarat masingmasing pada Ahad ialah Cheras, Tasek Gelugor, Bukit Gelugor, Parit Buntar, Bagan Serai, Taiping, Beruas, Kampar, Semporna, Silam, Kalabakan, Kota Kinabalu, Pontian, Mersing, Pasir Gudang, Batu Pahat, Kota Melaka, Kuantan, Rompin, Subang dan Shah Alam. BERNAMA

Artikel Lain