Kementerian Pertahanan dua lagi pihak di saman RM1 juta - Semasa | mStar

Kementerian Pertahanan dua lagi pihak di saman RM1 juta

KUALA LUMPUR: Bapa kepada seorang pelatih tentera yang mati semasa menjalani latihan ketenteraan menyaman Kementerian Pertahanan dan dua lagi pihak bagi lebih RM1 juta kerana kecuaian. Pemandu lori K. Kannan, 44, memfailkan writ saman di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, hari ini, menerusi peguamnya Karpal Singh.

Kannan meminta RM42,042 dalam ganti rugi khas dan am serta RM1 juta dalam ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan daripada pengarah kem Tentera Udara Diraja Malaysia di Bukit Jugra, Selangor, Kementerian Pertahanan dan Kerajaan Malaysia.

Kanan dan isteri, T.Rajeshweri, hadir di kompleks mahkamah pada Jumaat.

Rajeshweri sebak apabila memberitahu media yang beliau ingin tahu punca kematian anak lelaki tunggalnya, Yogeswaran, 21, yang ditemui mati pada 4 Ogos tahun lepas semasa menjalani latihan asas komando di kem Bukit Jugra di Banting.

Dalam pernyataan tuntutannya, Kannan berkata para defenden bertanggungjawab bagi kematian Yogeswaran, mendakwa anak lelakinya berada di bawah jagaan dan khidmat mereka semasa kejadian.

Kannan mendakwa para defenden cuai kerana telah gagal memastikan keselamatan anggota tentera di kem itu dan memastikan anaknya menerima rawatan perubatan yang wajar dengan segera.

Beliau berkata kematian Yogeswaran menyebabkan tekanan dan trauma kepada beliau dan keluarga. Pasangan itu mempunyai tiga lagi orang anak, kesemuanya perempuan.

Kannan juga mendakwa punca kematian Yogeswaran menimbulkan keraguan kerana terdapat kecederaan pada tubuhnya.

Penjelasan akan kematiannya juga bercanggah yang (Yogeswaran) ditemui mati dalam tandas, yang beliau ditemui mati di bawah pokok di kem itu dan kematiannya adalah kerana beliau terjatuh semasa cuba memanjat pagar dakwa beliau.

Writ itu masih belum disampaikan kepada para defenden. BERNAMA

Artikel Berikut

MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain