suria

Muhyiddin Jawatan ditandingi diumum selepas PM maklum pendirian

KUALA LUMPUR: Walaupun satu atau dua bahagian Umno menyuarakan hasrat mereka untuk mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanding bagi salah satu daripada dua jawatan tertinggi parti, Naib Presiden Umno itu berkata, beliau masih belum membuat keputusan mengenai jawatan yang akan ditandinginya.

"Semua ini (mengenai siapa yang akan bertanding bagi apa-apa jawatan) bergantung kepada kata putus muktamad yang akan dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi," kata beliau apabila diminta mengulas akan pelan peralihan kuasa dan pemilihan parti.

Oleh itu, Muhyiddin berkata, beliau hanya akan mengumumkan keputusannya selepas perdana menteri membuat keputusan.

"Saya perlu melakukannya. ia perlu dibuat cepat, sebelum mesyuarat bahagianbahagian bermula.

"Sebab itulah saya mahukan isyarat atau keputusan daripada Perdana Menteri," kata beliau apabila ditanya akan jawatan yang beliau akan bertanding.

Abdullah, apabila mengumumkan penundaan mesyuarat agung Umno dari Disember 2008 ke Mac 2009, berkata beliau hanya akan membuat keputusan sama ada akan mempertahankan jawatannya sebelum 9 Oktober.

Mesyuarat bahagianbahagian akan bermula pada 9 Oktober.

Mengikut rancangan asal Abdullah, yang juga Presiden Umno, sepatutnya menyerahkan kuasa kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Timbalan Presiden Umno pada Jun 2010.

Tetapi tarikh itu telah dibawa ke hadapan.

Ditanya sama ada peralihan kuasa yang diwarwarkan pada Mac 2009 hanya satu andaian, Muhyiddin berkata: "Saya pengerusi jawatankuasa perlembagaan. Saya tidak percaya dengan andaian. Apabila ia sudah jelas, maka jelaslah."

Mengenai jawatan yang beliau akan bertanding, Muhyiddin berkata ia bergantung kepada apa yang dianggap sesuai oleh anggota parti bagi beliau.

Ditanya sama ada anggotaanggota parti bertindak wajar dengan mengumumkan caloncalon yang mereka akan sokong, beliau berkata, itu adalah hak mereka. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain