suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

KWSP umum dividen 6.3 peratus untuk Simpanan Konvensional, Syariah

KWSP umum dividen sebanyak 6.3 peratus untuk tahun 2024

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.3 peratus bagi Simpanan Konvensional untuk tahun 2024, dengan jumlah agihan sebanyak RM63.05 bilion.  

Sementara itu, kadar dividen bagi Simpanan Syariah juga adalah 6.3 peratus, dengan jumlah agihan sebanyak RM10.19 bilion.  

Kedua-dua simpanan konvensional dan syariah mencatatkan dividen lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.  

Bagi tahun 2023, KWSP mengisytiharkan kadar dividen sebanyak 5.5 peratus bagi Simpanan Konvensional dengan jumlah agihan RM50.3 bilion, manakala Simpanan Shariah menerima dividen 5.4 peratus dengan agihan sebanyak RM7.5 bilion.  

Sepanjang dekad lalu, kadar dividen KWSP bagi Simpanan Konvensional adalah 6.35 peratus pada tahun 2013, 6.75 peratus (2014), 6.4 peratus (2015), 5.7 peratus (2016), 6.9 peratus (2017), 6.15 peratus (2018), 5.45 peratus (2019), 5.2 peratus (2020), 6.10 peratus (2021) dan 5.35 peratus (2022).  

Bagi Simpanan Syariah, kadar dividen yang direkodkan ialah 6.4 peratus (2017), 5.9 peratus (2018), 5 peratus (2019), 4.9 peratus (2020), 5.65 peratus (2021) dan 4.75 peratus (2022). - The Star

Artikel Lain