suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita warga Jepun maut terjatuh tingkat empat kondominium... Mayat tertiarap atas tanah

Seorang wanita Jepun terjatuh dari tingkat empat kondominium, pagi Jumaat. -Gambar hiasan

SEORANG wanita warga Jepun ditemukan maut dipercayai terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di SS16, pagi Jumaat.

Menerusi satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, panggilan kecemasan mengenai kejadian diterima menerusi talian MERS 999, pada 8.07 pagi.

Pasukan peronda dikerah ke lokasi sejurus menerima panggilan.

"Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa (si mati) adalah seorang perempuan warganegara Jepun, berumur 50-an sudah meninggal dunia, dalam keadaan tertiarap di atas tanah.

"Pemeriksaan awal pada tubuh badan si mati dan tempat kejadian mendapati tiada sebarang kecederaan daripada perlakuan jenayah," katanya dalam kenyataan berkenaan.

Ujarnya, kes disiasat di bawah laporan mati mengejut (SDR) dan bedah siasat akan dijalankan bagi menentukan punca kematian mangsa.

Artikel Lain