suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Umat Islam di Malaysia mula berpuasa Ahad

Proses melihat anak bulan dilakukan bagi mengetahui tarikh permulaan berpuasa. -Gambar hiasan

UMAT ​​Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada Ahad, bersamaan 2 Mac 2025.

Perkara itu diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Menurut Syed Danial, tarikh permulaan puasa di seluruh negara ditetapkan pada hari tersebut menurut perintah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada Jumaat (28 Februari) malam.

Artikel Lain