suria

Nurul Izzah kahwin lagi! MP Permatang Pauh pilih Yin Shao Loong jadi suami

Nurul Izzah dan suaminya, Yin Shao Loong dinikahkan dalam satu majlis tertutup.

TIADA angin tiada ribut tiba-tiba sahaja netizen dikejutkan dengan berita gembira perkahwinan kali kedua Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.

Menerusi perkongsian di Facebook, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mengumumkan sudah berumah tangga dengan seorang pengkaji daripada Khazanah Research Institute, Yin Shao Loong.

Pasangan berkenaan diijabkabulkan pada Jumaat berwalikan bapa Nurul Izzah, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Pada petang 5 Ogos, berwalikan ayahanda pengantin perempuan, kami telah selamat diijabkabulkan di samping keluarga terdekat.

"Kami memohon doa kalian semua agar kita sentiasa di bawah perlindungan Allah SWT," katanya menerusi kenyataan pada tengah malam Jumaat.

Untuk rekod Nurul Izzah, 42, yang digelar Puteri Reformasi pernah berkahwin dengan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim pada Mei 2003 namun bercerai pada 2015.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Raja Nur Safiyah, 15, dan Raja Ahmad Harith, 13.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain