suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Upah dikurangkan, rider makanan lancar mogok esok!

Penghantar makanan lancar boikot kerana upah dikurangkan syarikat penyedia perkhidmatan

TINDAKAN syarikat penyedia perkhidmatan mengurangkan kadar upah menyebabkan gerakan solidariti penghantar makanan (rider) rancang melakukan boikot selama sehari pada Jumaat (esok).

Boikot berkenaan dimaklumkan menerusi satu posting yang dimuat naik di akaun twitter #PartTimeKL pada Khamis sebagai tanda solidariti kepada penghantar makanan.

Posting berkenaan menjelaskan penghantar makanan tidak akan beroperasi selama sehari esok (Jumaat).

“Solidariti untuk rakan-rakan rider frontliner @GrabMY & @foodpanda_my yang akan mogok satu hari esok. Yang mana tak dapat avoid, expect order delay/cancelled,” katanya.

Difahamkan tindakan itu diambil berikutan harga makanan yang dihantar naik tetapi kadar upah penghantaran dikurangkan oleh syarikat penyedia perkhidmatan.

“Dah la makanan anda semakin mahal, fare kami pula makin sedikit,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

rider, penghantar makanan, boikot, mogok,

Artikel Lain